ARKIB

KATEGORI

Tular

Ditahan gara-gara acu pistol mainan, pemandu Proton Wira mengaku bergurau dengan anak buah

Tular

Views

Tindakan seorang lelaki mengeluarkan sepucuk pistol dari tingkap ketika memandu akhirnya membawa padah apabila suspek telah ditahan polis di sekitar Damansara, kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Tambahnya, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira dan sepucuk pistol mainan di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara bagi tujuan siasatan.

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terlibat dan mendakwa pistol mainan yang berharga RM2.40 itu adalah milik anak buahnya.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Suspek mendakwa dia sedang bermain dengan anak buahnya ketika kejadian yang berlaku pada pukul 7.03 petang.

Mengulas lanjut, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini bagi permohonan tahanan reman.

Hasil siasatan rekod lampau mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah. Kes disiasat di bawah Seksyen 26 Akta Senjata 1960.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply