ARKIB

KATEGORI

Buletin

Drebar bas Cityliner di Kelantan mogok lagi

Berita Tempatan

Views

Sekali lagi perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di negeri Kelantan lumpuh, sekaligus mengakibatkan pengguna yang menjadikan bas tersebut sebagai pengangkutan harian mengalami kesulitan. Menurut Berita Harian, hasil tinjauan di Stesen Bas Kota Bharu, mendapati kawasan itu lengang apabila tiada bas beroperasi sejak pagi tadi.

Ia menyebabkan pengguna terpaksa beralih kepada perkhidmatan teksi yang lebih dikenali sebagai kereta sewa di sini. Salah seorang pengguna dari Kampung Alor Lintah, Jerteh, Juliana Supajam, 21, berkata, dia terpaksa menghubungi rakannya yang berada di Kota Bharu untuk datang mengambilnya setelah menyedari tiada kelibat bas beroperasi seperti kebiasaannya.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Katanya, dia juga terkejut apabila diberitahu tambang kereta sewa untuk ke Jerteh dikenakan sebanyak RM80, berbanding dengan tambang bas yang hanya RM6.20. Tambahnya, tambang yang agak mahal menyebabkannya terpaksa mendapatkan bantuan rakan yang tinggal di bandar ini.

Penuntut Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Zahratunnisak Ab Rahman, 19, berkata ketika keluar daripada rumah pada jam 8.30 pagi tadi, dia dihantar bapanya kerana mempunyai urusan di Kota Bharu. Bagaimanapun, pada jam 12 tengah hari ketika sedang menunggu bas henti-henti untuk pulang ke rumah di Pasir Tumboh, pemandu memaklumkan bas tidak beroperasi pada hari ini.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Kata Zahratunnisak, memandangkan bapanya mempunyai urusan dan tiada sesiapa yang boleh datang mengambil, menyebabkannya terpaksa menggunakan khidmat seru pandu (e-hailing) yang tambangnya tiga kali ganda lebih mahal berbanding bas.

Ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku kerana pada Disember tahun lalu, pemandu bas melancarkan mogok dipercayai tidak menerima gaji sejak beberapa bulan lalu, menyebabkan perkhidmatan bas berkenaan lumpuh. Pihak pengurusan terbabit gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kelantan Darul Naim

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply