ARKIB

KATEGORI

Info

Perodua sedang persiapkan varian Myvi STYLE? Bakal dilancarkan dalam tahun ini!

Info

Views

Ingat lagi tak, dalam artikel terdahulu, penulis pernah meramalkan Perodua bakal memperkenalkan model untuk segmen gaya hidup atau crossover bagi model Axia dan Myvi? Ternyata ramalan penulis benar belaka, kerana Perodua telah memperkenalkan varian baharu untuk salah satu model tersebut yang dikenali sebagai Axia STYLE tahun lalu.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Walaupun Perodua cukup kuat berahsia mengenai model-model terbaharunya, perisik handalan kami Mat Bond telah berjaya membongkar satu lagi varian baharu yang bakal dilancarkan oleh mereka dalam tahun ini. Varian tersebut adalah Myvi STYLE yang dijangka diperkenalkan pada suku kedua atau suku ketiga tahun 2020.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Menurut Mat Bond, ketika ini ujian percubaan pengeluarannya sedang dilakukan, namun buat masa ini info mengenai model tersebut agak terhad. Apa yang pasti, Myvi STYLE akan digayakan dengan kit badan ala crossover seperti Axia STYLE dan besar kemungkinan ia akan tinggi sedikit berbanding model Myvi biasa.

Kami menjangkakan varian terbaharu Myvi STYLE nanti hanya akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5 liter sahaja. Mungkin anda boleh membayangkan bagaimana rupa Myvi STYLE dengan merujuk gambaran digital yang dibuat oleh pakar manipulasi digital tersohor, Theophilus Chin.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply