ARKIB

KATEGORI

Rencana

Satu nyawa melayang setiap 84 minit

Rencana

Views

Bermula 1 Januari tahun ini, kerajaan telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk kereta persendirian. Menurut Sinar Harian, kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135 sentimeter ke bawah diwajibkan menggunakan CRS mengikut tahap ketinggian dan berat berdasarkan Peraturan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNECE) iaitu R44 dan R129.

Ia susulan dari statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, negara ini kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya.

Kanak-kanak adalah golongan yang turut terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terlibat dalam nahas jalan raya. Namun, bagi golongan kurang berkemampuan, kerajaan telah memberi kelonggaran penggunakan CRS sekiranya mempunyai bilangan anak yang ramai dan kos yang tinggi.

JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Tindakan penguatkuasaan pula hanya akan dibuat selepas tempoh enam bulan pelaksanaannya. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, tindakan saman akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar selepas tempoh enam bulan pertama yang diperuntukkan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat.

Sejak pelaksanaan CSR pada 1 sehingga 22 Januari lalu, sebanyak 525 notis advokasi telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pengguna jalan raya yang membawa penumpang kanak-kanak tanpa CRS. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula memaklumkan pihaknya akan memantau dengan teliti penjualan CRS secara dalam talian bagi memastikannya benar-benar mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Ini bagi memastikan pelbagai aspek mengenai kerusi itu dipatuhi supaya tidak timbul isu atau aduan mengenai barangan tiruan atau palsu dan tidak selamat dijual kepada orang ramai. Garis panduan CRS telah pun dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Apabila penggunaan CRS berkuat kuasa, kementerian akan terus melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan yang berkaitan dengan pematuhan ciri-ciri yang ditetapkan MIROS, standard keselamatan produk, cap dagangan sama ada tiruan atau tulen dan sebagainya.

Ibu bapa yang memiliki CRS sedia ada juga masih lagi boleh menggunakannya setelah kerajaan mengambil langkah praktikal untuk membenarkan penggunaannya pada 16 Januari lalu. Menteri Pengangkutan berkata, pihaknya tidak mahu membebankan pengguna berhubung garis panduan mengenai ciri-ciri CRS dikeluarkan MIROS.

Selepas 1 Januari 2020, produk yang dijual di pasaran mestilah memenuhi piawaian dan pengguna dinasihatkan menyemak pelekat atau kod QR dipaparkan pada setiap kerusi sebelum membuat pembelian. Penguatkuasaan tersebut amat baik untuk melindungi nyawa insan tersayang.

Timbul persoalan, sejauh mana penggunaan CRS dalam kereta persendirian mampu membantu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya? Bagaimana pula dengan kenderaan yang lain? Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana anda berada. Ingat, wang ringgit boleh dicari, tetapi nyawa insan tersayang memang tiada galang ganti!

Sumber : Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply