ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua faktor utama ini penyumbang kepada kenaikan tambang e-hailing

Berita Tempatan

Views

Penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas tinggi hingga menyebabkan masa perjalanan lebih lama, menjadi antara dua faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing.

Harian Metro melaporkan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, gabungan kedua-dua faktor itu turut menjejaskan kualiti perkhidmatan e-hailing.

Katanya, maklumat itu diperoleh hasil perbincangan antara pihaknya dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dengan pengendali e-hailing (EHO) yang berkenaan.

Selain itu, beberapa syarikat e-hailing juga menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum Covid-19 melanda Malaysia.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kekurangan pemandu e-hailing ini secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan di beberapa tempat menjadi lebih lama daripada jangkaan.

Ka Siong berkata, pada masa yang sama, fasa peralihan ke endemik mulai 1 April lalu juga menyebabkan berlakunya peningkatan mendadak dalam permintaan perkhidmatan e-hailing.

Katanya, tempoh yang sama juga menyaksikan pergerakan orang ramai bergerak bebas bagi menjalankan aktiviti ekonomi dan kehidupan seharian seperti biasa, sekali gus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas berbanding peringkat awal wabak menular.

Faktor ini mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh EHO merangkumi pelbagai faktor termasuk jarak perjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca, serta penawaran dan permintaan pasaran.

Ujar beliau, semua faktor tersebut mempengaruhi kenaikan tambang sejak kebelakangan ini. Dari segi peraturan struktur tambang pula, beliau berkata terdapat dua caj iaitu tambang asas dan surcaj.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Bagaimanapun katanya, kerajaan tidak mengawal tambang asas, dan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas, dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api.

EHO dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka.

Ka Siong berkata, setakat ini EHO berkenaan juga sudah memberi jaminan kepada pihaknya untuk memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah meningkatkan bilangan pemandu yang ada pada masa ini.

Pada masa yang sama katanya, kerajaan juga akan terus memastikan lebih banyak EHO bersama-sama perkhidmatan teksi dan bas tersedia untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Terdapat lebih 130,000 individu memegang lesen vokasional untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing. Angka ini dijangka bertambah apabila Institut Memandu dan EHO menerima lebih banyak calon untuk menjadi pemandu e-hailing bagi 21 EHO dengan lesen aktif di seluruh negara termasuk Lembah Klang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply