ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kuantan dan Rompin lokasi projek perintis ‘taman karavan’ – Wan Rosdy

Berita Tempatan

Views

Daerah Kuantan dan Rompin akan menjadi lokasi pertama bagi melaksanakan projek perintis pelancongan berkonsepkan taman karavan di negeri ini.

Portal Pahang Media melaporkan, YAB Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Pahang menjangkakan projek ini dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

Ujar beliau, pihaknya akan melaksanakan projek perintis duhulu di Rompin dan juga di Kuantan. Usaha-usaha ke arah itu sedang dibuat dan akan menjadi kenyataan sebelum akhir tahun, secepat yang mungkin.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Katanya, disebabkan ia memerlukan banyak proses, pihaknya perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Pengangkutan untuk membawa karavan itu. Pihaknya sudah melantik jawatankuasa dan sebagainya, mengadakan perbincangan dan telah menandatangani persefahaman.

Beliau berkata pihaknya optimis bahawa projek ini akan membawa pelaburan yang besar kepada Negeri Pahang terutamanya dalam sektor pelancongan.

Tambahnya, pihak Caravaning Industry Association (CIVD) yang berpangkalan di Jerman telah berjanji untuk membawa masuk pelaburan tidak kurang daripada RM500 juta.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Beliau percaya ianya akan mencapai bilion apabila ianya menjadi kenyataan tapi ianya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Menurut beliau lagi, pelancongan berkonsepkan taman karavan ini merupakan suatu perkara baharu di negara ini dan akan dapat menarik minat banyak pihak.

Kerajaan Pahang pada 14 Mei lepas telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) di Frankfurt, Jerman, merangkumi pelaksanaan pembinaan taman karavan (Caravan Park), pusat pemasangan karavan (Caravan Assembly Plant), eko-sistem pembuatan caravan (Caravan Manufacturing Eco-System) serta pusat bekalan karavan untuk pasaran Asia Pasifik dan Australia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply