ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Dua lelaki bertumbuk tengah simpang gara-gara kenderaan terhalang

Tular

Views

Kenderaan terhalang dipercayai punca dua lelaki tempatan bergaduh sehingga bertumbuk di persimpangan Sekolah Kebangsaan Sri Gombak 2, Batu Caves di Gombak, semalam.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya terkesan sebuah video berdurasi lebih seminit memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Berikutan itu, katanya, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang merupakan salah seorang pemandu dalam kejadian tersebut.

Hasil siasatan mendapati kejadian sekitar pukul 2.30 petang itu dipercayai bermula daripada pertengkaran mulut antara mangsa dengan seorang pemandu lain.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ia adalah disebabkan kesesakan lalu lintas berpunca daripada kenderaan mangsa yang menghalang kenderaan suspek.

Susulan itu, polis meminta kerjasama daripada orang ramai yang melihat dan membantu meleraikan pergaduhan terbabit untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Syazleeyana Atarbacha di talian 03-61262222 / 018- 9636942.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply