ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lampu isyarat, 767 pesalah trafik di Kuantan kena saman

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 767 saman dikeluarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Ibu Pejabat Polis Kuantan terhadap pesalah dalam tempoh 16 hari pelaksanaan Ops Khas Lampu Isyarat Merah.

Menurut MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, sebanyak lapan lokasi utama menjadi tumpuan pihaknya sepanjang operasi yang dijalankan bermula 15 hingga 30 September 2022.

Kesalahan membabitkan seramai 351 pesalah motokar manakala 282 penunggang motosikal telah dikesan melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat dalam operasi membabitkan seorang pegawai dan 15 anggota itu.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pada sidang media semalam, beliau berkata sebanyak 174 keping saman daripada 941 yang dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan lain.

Antara lokasi utama dalam operasi kali ini dijalankan di lampu isyarat Jalan Lim Hoe Leck, Taman Tas, Jalang Sungai Lembing, Beserah, Kempadang, Bukit Setongkol, Indera Mahkota, Jalan Wong Ah Jang dan Pak Mahat.

Tambah Wan Mohd Zahari, operasi dijalankan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya berikutan kes kemalangan yang berlaku di kawasan lampu isyarat meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Wong Kim Wai dan Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD), Asisten Superintendan Suhaimi Mohamad.

Menurut Wan Mohd Zahari, sebanyak 49 kes kemalangan direkodkan sepanjang Januari sehingga September tahun ini melibatkan satu kemalangan maut manakala hanya 29 kes direkodkan tahun lalu bagi tempoh yang sama.

Tambah beliau lagi, operasi akan dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalanraya supaya mematuhi peraturan lalu lintas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply