ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kapal tempur pesisir (LCS) – Pembinaan akan disambung semula penghujung Disember ini

Berita Tempatan

Views

Pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun ini.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, selepas fasa mobilisasi itu selesai, semua pihak terlibat mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan kapal siap pembinaan.

Menurut beliau, pihak terlibat perlu juga memastikan kapal telah berada di permukaan air sebelum menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test dan Sea Acceptance Trial dalam tempoh tersebut.

Garis masa ini mesti dipatuhi semua pemegang taruh khususnya Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB) selaku syarikat pembuat. Seperti diarahkan oleh Kabinet, laporan proses rundingan di fasa mobilisasi ini harus dibentangkan kepada Jemaah Menteri secara berjadual.

Tambahnya, tentang persoalan tempoh siap pembinaan, seperti yang beliau tegaskan sebelum ini sekurang-kurangnya dalam dua tahun ini LCS 1 siap pembinaannya.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Hishammuddin berkata, sementara menunggu LCS siap sepenuhnya, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memohon perolehan “Littoral Mission Ship” kumpulan kedua yang dilengkapi persenjataan lebih menyeluruh.

Kata beliau, Kementerian Pertahanan telah pun membuat permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan perolehan berkenaan.

Terdahulu, katanya, BNSSB telah selesai mengadakan rundingan dengan 145 vendor tempatan dan 42 pengeluar peralatan tulen (OEM) luar negara.

Beliau berkata, vendor tempatan dan OEM terutama melibatkan peralatan serta sistem utama juga telah memberi akujanji untuk menyokong dan bersama pihak BNSSB bagi meneruskan projek itu.

Tambah beliau, proses penamatan penglibatan ‘orang tengah’ atau pengantara iaitu syarikat Contraves Advanced Devices (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED) juga sedang giat dilakukan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Penamatan ini akan membolehkan BNSSB berunding dengan OEM dan vendor secara terus tanpa perlu lagi melalui CAD dan CED.

Langkah ini akan dapat mengurangkan kos peralatan kapal yang perlu dibayar kepada vendor serta OEM memandangkan tiada lagi penglibatan pihak pengantara.

Menurutnya lagi, BNSSB juga sedang giat berunding dengan sembilan institusi perbankan bagi tujuan penstrukturan semula hutang dan rundingan dijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh mobilisasi.

Tambahnya, perkara berkaitan pencian reka bentuk (detailed design) juga sedang dirundingkan oleh BNSSB dengan pihak Naval Group dari Perancis bagi memastikan setiap keputusan memenuhi keperluan TLDM.

Jelas beliau, pihak Naval Group juga telah memutuskan akan menghantar pasukan teknikalnya untuk melakukan audit terhadap “detailed design” tersebut pada bulan Oktober.

Kata Hishammuddin lagi, wakil kerajaan Perancis sendiri telah hadir bertemu saya seterusnya menyerahkan komitmen bertulis yang menyatakan bahawa meneruskan dan menyelesaikan projek LCS merupakan keutamaan kerajaan Perancis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply