ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Adakah ini model usahasama Modenas dan Bajaj?

Views

Baru baru ini kami menerima kiriman foto yang telah dimuatnaik ke laman group Modenas 115S menunjukkan sebuah unit tunggang uji motosikal yang dikatakan diuji berhampiran kilang Modenas di Gurun. Rekabentuk motosikal tersebut pula menyerupai model Bajaj Pulsar RS200 dan tanpa sebarang tampalan penyamaran.

Sebelum ini beberapa rakan media kami telah membongkar desas-desus mengenai satu lagi pakatan strategik antara Modenas dan syarikat pengeluar motosikal asing. Dikatakan syarikat yang bakal mengadakan kerjasama strategik bersama Modenas adalah Bajaj Auto yang berpangkalan dari India.

Nampaknya desas-desus tersebut telah dibuktikan dengan penemuan unit tunggang uji Bajaj Pulsar RS200, yang mungkin menjadi hasil tuaian pertama dari kerjasama tersebut. Selain itu, lawatan Perdana Menteri ke India baru baru ini juga mungkin menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik tersebut kerana beberapa syarikat dari India dipelawa untuk melabur di Malaysia.

Kehadiran Bajaj RS200 juga mungkin membuatkan Modenas terpaksa menyusun kembali barisan model mereka termasuk moped 150CC yang sepatutnya dikeluarkan dalam tahun ini. RS200 merupakan motosikal street bike Bajaj yang paling popular, dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 195.5cc yang mampu menjana 24.5 kuasa kuda. Enjin yang berteknologi suntikan bahanapi elektronik ini menggunakan tiga palam pencucuh dengan kapasiti tangki minyak 13 liter.

KLIK UNTUK BESARKAN

foto risikan modenas bajaj pulsar 200

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply