ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua stesen servis Caltex menjadi yang pertama di Malaysia terima pensijilan Platinum GreenRE

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited (“Chevron”) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan penting bagi dua stesen Caltex yang terletak di Ayer Keroh PLUS R&R Utara-Selatan. Kedua-dua stesen tersebut merupakan yang pertama di Malaysia menerima pensijilan Platinum di bawah kategori Bangunan Bukan Kediaman Sedia Ada.

Pensijilan tersebut diberikan oleh GreenRE, badan pensijilan bangunan hijau utama negara, yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Stesen servis Caltex yang menerima pensijilan ini menumpukan kepada kecekapan kos untuk mengurangkan keamatan karbon.

Menerusi sistem pemarkahan yang teliti, GreenRE menilai langkah-langkah yang diambil oleh sesebuah pembangunan, dengan markah keseluruhan 90 mata dan ke atas perlu dicatatkan untuk mendapatkan sijil Platinum GreenRE.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Kedua-dua stesen itu mendapat markah tinggi dalam enam kategori impak alam sekitar iaitu Kecekapan Tenaga, Kecekapan Air, Operasi dan Pengurusan Lestari, Kualiti Persekitaran Dalaman, dan Ciri-Ciri Hijau Lain dan Emisi Karbon Pembangunan.

Chevron telah menaik taraf dua stesen Caltex dengan ciri-ciri baharu untuk menambah baik kecekapan tenaga, mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan keselesaan dan kualiti ruang.

Sebagai contoh, kanopi besar digunakan dengan memasang panel solar pada bumbung untuk menjana tenaga bagi kegunaan stesen. Pada 2021, kedua-dua stesen mencapai penjimatan tenaga lebih 50 peratus (atau bersamaan dengan 181,000kWj* secara kolektif) menerusi reka bentuk cekap guna tenaga dan panel fotovoltan solar.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Air yang digunakan untuk operasi harian diuruskan secara lebih cekap dengan menyediakan alat penjimatan air untuk mengurangkan penggunaan air boleh diminum dan memasang tangki pengumpulan air hujan sebagai sumber air alternatif bagi mengairi kawasan berlandskap di stesen ini.

Ciri-ciri mesra alam lain yang diterapkan di stesen ini termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED) dan penyaman udara kecekapan tinggi, Sistem Ukuran Tenaga, cat sebatian organik tidak mudah meruap, keupayaan kawalan suhu, tong kitar semula dan pengurusan sisa, sistem meter air pintar, dan alat cekap guna air.

Menurut Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Jay Gomez, berkata pencapaian ini mencerminkan model masa depan bagi stesen servis yang boleh diperluaskan di seluruh rangkaian Caltex.

Pengerusi GreenRE, Datuk Seri FD Iskandar berkata pasukan dari Chevron berusaha bersungguh-sungguh memastikan markah yang tinggi dicapai dalam keenam-enam kategori impak alam sekitar.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply