ARKIB

KATEGORI

Tular

‘Jeti kayu RM50k’ guna kayu belian berharga RM9k semeter

Tular

Views

Jabatan Kerja Raya ( Bahagian Miri) menjelaskan harga bagi pembinaan jeti kayu bernilai RM50,000 yang tular baru-baru ini sehingga menjadi perdebatan ‘hangat’ di media sosial sejak semalam adalah wajar.

Menurut KOSMO! ONLINE, ini kerana kata mereka, jambatan yang terletak di Kampung Mutap, Bekenu, Miri itu dibina menggunakan kayu belian yang bermutu tinggi dan harganya pula mahal.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook, JKR Bahagian Miri berkata, selain penggunaan kayu belian, pelbagai faktor diambil kira.

Antaranya ialah keadaan laluan ke Kampung Mutap, logistik dan langkah keselamatan berikutan kawasan itu dipenuhi buaya. Menurut kenyataan itu lagi, harga kayu belian yang digunakan adalah lebih rendah daripada kadar harga pasaran iaitu RM9,000 semeter.

Pembinaan jeti itu pada mulanya dicadangkan mengguna keluli tetapi disebabkan kos yang terlalu tinggi, Ketua Kampung Mutap, Sediah Abdullah menolak cadangan itu dan memilih jeti belian sebagai ganti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga. Terdahulu, foto satu jeti kayu sepanjang 15 meter melalui Projek Siap, Bina Baru Jeti Kampung Mutap, Miri, Sarawak tular di media sosial.

Menjadi persoalan ramai apabila struktur jeti yang dibina menggunakan kayu dengan ukuran lebar satu meter dan panjang 15 meter itu memakan kos sebanyak RM50,000.

Melalui Facebook Corporate Communication JKR Sarawak, tempoh mula projek ini adalah pada 7 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 1 April 2022. Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Corporate Communication JKR Sarawak

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply