ARKIB

KATEGORI

Buletin

UOB Malaysia dan HSBC Malaysia umum harga MTN empat tahun untuk Mercedes-Benz Services Malaysia – Nilai RM350 juta

Berita Tempatan

Views

UOB Malaysia dan HSBC Malaysia hari ini mengumumkan bahawa kedua-dua bank telah berjaya menetapkan harga tawaran Nota Jangka Sederhana (MTN) bagi tempoh empat tahun bernilai RM350 juta untuk Mercedes-Benz Services Malaysia Sdn Bhd (MBSM).

Terbitan MTN ini, yang akan dibayar pada Mac 2026 pada kadar kupon tetap 3.62 peratus setahun, telah diberi penarafan AAA(s) oleh RAM Rating Services Berhad.

Sebagai terbitan hutang keenam MBSM dalam pasaran bon Ringgit, transaksi itu merupakan terbitan terbesar syarikat dan menerima kadar lebihan langganan tertinggi sehingga kini.

Ia menerima sambutan baik dengan kadar langganan 4.76 kali ganda, berikutan jumlah terbitan yang dinaikkan daripada RM250 juta pada permulaannya.

 

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Transaksi ini menarik permintaan kukuh daripada pelbagai kumpulan pelabur berkualiti tinggi yang terdiri daripada syarikat insurans, pengurus dana, bank, bank swasta dan entiti separa kerajaan.

Tawaran tersebut mencapai tebaran atau spread yang ketat, bersamaan dengan 54 mata asas di atas kadar Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) empat tahun dan lebih rendah daripada hasil bon MBSM sedia ada yang didagangkan di pasaran.

MBSM adalah anak syarikat Mercedes-Benz Mobility, sebuah bahagian Mercedes-Benz Group AG, yang merangkumi pengeluar kenderaan Mercedes-Benz AG. MBSM membiayai, memajak dan menginsuranskan kereta penumpang Mercedes-Benz selain menyokong jualan jenama automotif Kumpulan Mercedes-Benz.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata pihaknya berbesar hati diberi mandat berulang daripada MBSM untuk terbitan bon mata wang tempatannya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Meskipun keadaan pasaran global yang tidak menentu, terbitan MTN berjaya memperoleh harga yang ketat serta permintaan kukuh daripada pelabur institusi untuk menjadi terbitan terbesar MBSM setakat ini.

Ketua Negara Perbankan Global, HSBC Malaysia, Christina Cheah berkata, ini merupakan suatu pencapaian cemerlang terutamanya untuk MBSM kerana telah mencapai kadar lebihan langganan tertinggi setakat ini daripada pelabur, menghasilkan harga lebih rendah daripada hasil sekunder semasanya yang didagangkan di pasaran.

Ketua Pegawai Kewangan, MBSM, Philipp Zuehlke berkata pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan UOB Malaysia dan HSBC Malaysia untuk terbitan MTN ini.

Kedua-dua bank telah menunjukkan pemahaman mendalam tentang industri automotif dan juga keperluan unik mereka sebagai peneraju dalam sektor kereta premium global.

Transaksi MTN keenam MBSM mengukuhkan lagi keyakinan dan sokongan MBG terhadap pasaran hutang domestik. Transaksi ini adalah sebahagian daripada program tawaran hutang MBSM berjumlah RM3.0 bilion yang dilancarkan pada Mei 2018.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply