Sebuah institut memandu di Kota Bharu tular selepas mengadakan majlis graduasi kepada pelajarnya.
Mereka dilihat memakai jubah konvokesyen berwarna biru dan hitam dengan memegang plakad tertera tulisan berjaya dalam ujian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Sementara itu, Pengarah Urusan akademi memandu itu, Mohamad Suhairy Halim berkata, video tular itu merupakan majlis graduasi kali ke-20 yang diadakan awal tahun ini bagi meraikan pelajar yang berjaya memperoleh lesen memandu di akademi itu.
Katanya, idea mengadakan majlis graduasi berkenaan bermula Januari lalu dan kini seramai 5,000 pemilik lesen kenderaan sudah bergraduasi.
“Kita menempah khas baju graduasi untuk pelajar yang berjaya memperoleh lesen selepas ujian memandu bersama JPJ,” katanya.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Jelas beliau, konvokesyen ini merupakan satu kelainan kepada pelajar memandu selain turut disertai keluarga dan ibu bapa.
Mohamad Suhairy memberitahu, institut memandu itu mahu mencipta kenangan indah kepada 60 peratus daripada 170 pelajar bagi setiap sesi pengambilan termasuk pelajar Program Peralihan Lesen Kelas B.
“Kami menerima banyak maklum balas positif daripada orang ramai mengenai kelainan yang dilakukan ini,” katanya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI