Pendakwah bebas, Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta buat ibu tunggal Azimah Abd. Rahim, 37, yang tular kerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) buta.
Menurut KOSMO! ONLINE, Ebit berkata, melihat keadaan Azimah, turut membuatkan beliau sebak dan sayu ketika menziarahinya di rumahnya hari ini. “Menangis akak terharu dalam kereta sambil peluk anaknya. Tak sangka dapat rezeki begini.”
Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan. “Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.
Selain itu, Ebit memberitahu, dia dan pasukannya juga telah mencarikan sebuah rumah tahun lalu untuk Azimah termasuk menyediakan bayaran sewa bulanan sehingga kini.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
“Kami cuba bantu nak carikan pengasuh, tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana memelukan perhatian 24 jam daripada ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya,” ujarnya.
Terdahulu, kisah Azimah kembali mendapat perhatian selepas gambarnya menaiki motosikal bersama anaknya Nurainul Zahirah Rashidi, 6 dimuat naik Kosmo! Online, semalam.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Ebit Lew
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI