ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Delica Mini 2023 – ‘Kei car’ gaya SUV yang ranggi, tapi untuk pasaran Jepun je

Berita Global

Views

Sebut sahaja Mitsubishi Delica, sudah pasti ramai yang akan terbayang minivan D:5 atau salah satu daripada van generasi lama yang sinonim dengan nama tersebut kan?

Sempena ulang tahun ke-55 nama tersebut pada 2023, Mitsubishi telah memutuskan untuk mengembangkannya dengan penambahan Delica Mini, ‘kei car‘ yang kelihatan lasak dengan pintu gelangsar untuk pasaran Jepun.

Delica Mini tidak seperti sebuah Delica, namun tulisan yang besar di depan dan belakang sudah cukup membuatkan anda terkeliru dengan model yang lain.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kereta kecil berbentuk kotak ini menampilkan gaya rekaan “Dynamic Shield” pada wajah hadapannya. Lampu depan LEDnya tidak menggunakan rekaan terpisah, tetapi berbentuk separa bulatan yang mirip dengan Land Rover Defender.

Bahagian jeriji, bawah bampar, ambang tepi dan kawasan sekitar gerbang roda dicat dengan warna hitam, sepadan dengan bumbung dan tiang untuk rupa dwitona.

Plat gelincir gaya aluminium melengkapkan gaya lasaknya, di samping rel para bumbung. Di bahagian belakang, Delica Mini mempunyai pintu belakang menegak yang agak besar dengan sepasang lampu LED menegak dan spoiler kecil.

Buat masa ini Mitsubishi masih lagi belum mendedahkan butiran terperinci mengenai Delica Mini, namun mengesahkan ia akan ditawarkan dengan rangkaian kuasa hibrid dan sistem 4WD.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Mungkin, Delica Mini mempunyai ‘bau-bau bacang’ dengan kembar Mitsubishi eK X Space dan Nissan Roox, yang berukuran 3,395 mm panjang.

Kedua-duanya sudah berada di pasaran dengan enjin 660cc elektrik yang dipadankan dengan kotak gear CVT dengan pilihan pacuan 2WD atau 4WD.

Delica Mini akan memasuki fasa pengeluaran pada pertengahan 2023, dan hanya ditawarkan secara eksklusif di Jepun. Seteru yang terdekatnya adalah Daihatsu Tanto FunCross.

‘Kei car’ dengan gaya-SUV mula menjadi trend sejak kebelakangan ini dan dijangka lebih banyak pengeluar akan mula mencuba nasib dalam segmen tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Mitsubishi eK X Space dan Nissan Roox

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply