ARKIB

KATEGORI

Buletin

ECO – Trak angkut ringan elektrik hasil ciptaan UTHM

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, sekumpulan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mencipta kenderaan berkuasa elektrik yang dinamakan “ECO”. Ketua Projek ECO Prof Madya Dr Samsul Haimi Dahlan berkata, kenderaan ini berjaya disiapkan dalam masa 14 bulan, dua bulan lebih awal daripada jadual asal pada penghujung November ini.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Menurut penyelidik di Pusat Penyelidikan Elektromagnet Gunaan (ENCenter) UTHM itu, penyelidikan mengenai kereta berkenaan dijalankan oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) UTHM. Jelas beliau, antara tujuan utama penghasilan kereta elektrik ini ialah untuk menyahut seruan penghasilan kenderaan masa depan yang lebih mesra alam, bebas pencemaran bunyi, asap dan yang lebih penting dapat mengelakkan gangguan elektromagnetik.

Tambahnya antara kelebihan ECO ialah kos pengoperasian hanya sekitar RM4 untuk pecutan 100 kilometer sejam berbanding kenderaan menggunakan bahan bakar petrol yang memerlukan RM30 untuk jarak sama. Pihaknya juga cukup bertuah apabila UTHM memberikan geran dalaman sebanyak RM55,000 untuk menghasilkan kereta elektrik yang mampu membawa bebanan (barangan) sehingga 200 kilogram pada satu-satu masa.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Katanya, sasaran pasaran kereta elektrik ini ialah trak pengangkut ringan yang kebiasaannya digunakan sebagai trak makanan. ECO sesuai digunakan bagi tujuan itu kerana saiz yang agak kecil selain kos penyelenggaraan yang lebih rendah.

Selain dikuatkuasakan oleh bateri lithium-ion yang mempunyai jangka hayat hingga 10 tahun, ECO juga dilengkapi kemudahan kecerdasan buatan (AI) yang menerima arahan suara bagi mengoperasikan pengelap cermin dan membelok.

Menurutnya, ECO dibangunkan dengan kerjasama pensyarah FKEE Dr Xavier Ngu Toh Ik yang pernah terlibat sebagai konsultan pembinaan kereta elektrik di luar negara, Dr Mohd Razali Tomari, Mohd Rostam Anuar dan Miskiah Muhammad Ihsan. Samsul Haimi juga berkata setakat ini beberapa syarikat telah menunjukkan minat terhadap ECO bagi kegunaan sendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply