ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sahkan seorang pekerja di unit R&D positif COVID-19

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dihantar sebentar tadi, Proton mengumumkan seorang pekerjanya disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 pada 14 Oktober 2020. Pekerja ini bertugas di bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Shah Alam dan telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan selepas keputusan positif itu diketahui.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Pihak syarikat, yang telah mengikuti semua garis panduan pencegahan dari pihak kerajaan, telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak ini. Aktiviti pengesanan kontak telah dimulakan dan semua rakan sekerja telah diarahkan untuk dikuarantin di rumah masing-masing. Proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di tempat kerja Proton.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Oleh kerana pekerja yang terlibat tidak bertemu dengan pelanggan, Proton yakin bahawa risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah. Sejak permulaan pandemik ini, Proton telah mengikuti semua garis panduan yang dibentang oleh pihak berkuasa dan situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan untuk langkah-langkah seterusnya diambil. Keselamatan semua pekerja, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa diutamakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat penggantiVolkswagen

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply