ARKIB

KATEGORI

Buletin

ECRL diteruskan, kos dikurangkan sebanyak RM11 bilion

Berita Tempatan

Views

Kerajaan meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan pengurangan kos RM11.01 bilion daripada jumlah asal.

Berita Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada sedikit pertambahan pembiayaan berikutan laluan baharu, namun kos keseluruhan ECRL lebih rendah berbanding kos keseluruhan asal RM85.97 bilion pada 2016.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Beliau berkata, penjajaran laluan tidak banyak membabitkan perubahan kerana masih terikat dengan perjanjian lama dan ia akan melambatkan proses pelaksanaan dan menyulitkan rundingan sedia ada.

Laluan itu membabitkan pengambilan tanah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Sebelum ini, kerajaan Selangor menjelaskan tanah seluas 758.47 hektar diperuntuk untuk pembinaan ECRL, membabitkan daerah Gombak, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Infrastruktur negeri, Ng Sze Han, berkata laluan sepanjang 90.27 kilometer (km) dalam Selangor membabitkan jajaran bertingkat sepanjang 27.84 kilometer (km), atas tanah sepanjang 33.93km dan terowong sepanjang 28.5km.

Kata beliau, bagi jajaran C1 B, katanya, pembinaan projek hanya di daerah Gombak yang membabitkan laluan sepanjang 180.43km.

Beliau berkata, jajaran C2 pula membabitkan daerah Gombak (158.33km), Hulu Selangor (169.09 km), Kuala Selangor (118.78 km) dan Klang (131.82 km).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit China Communications Construction ECRL Sdn Bhd

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply