ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sahut cabaran ‘Kembara Anak Perlis Ke Sempadan China 2022’ – Dua sahabat nekad pandu Kancil 660cc sejauh 5,000 kilometer

Berita Tempatan

Views

Dua sahabat karib bakal membawa cabaran menjelajah ke dua negara ASEAN dengan menaiki kereta Perodua Kancil menerusi Kembara Anak Perlis Ke Sempadan China 2022 yang bermula semalam.

Menurut UTUSAN, Rushafizi Indrus, 41, dan Nor Azman Musa, 41, memulakan perjalanan mereka bagi program kembara itu melalui pintu sempadan Wang Kelian, Malaysia menuju ke Thailand dan Laos.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rushafizi berkata, jarak keseluruhan perjalanan kembara itu dianggarkan sejauh 5,000 kilometer dengan mengambil masa selama sembilan hari.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Ujarnya, kembara ini merupakan cetusan ideanya sendiri memandangkan pada 2015, dia pernah mengembara ke Laos dengan menunggang motosikal berkuasa rendah.

Jadi pada kali ini dia bersama rakan cuba untuk mengembara dengan menaiki kereta Kancil pula ke sana. Tambahnya, kembara itu bertujuan memberi inspirasi kepada anak-anak muda bagi meningkatkan semangat jati diri mereka dalam mendepani segala bentuk cabaran.

Selain itu, Rushafizi berkata, pihaknya juga mahu membuktikan bahawa anak Perlis mempunyai jiwa yang kental dan lasak bagi mengharungi cabaran sepanjang perjalanan kembara itu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Mereka mahu membuktikan bahawa dengan kenderaan lama seperti Perodua Kancil 660cc ini juga mampu sampai ke sempadan negara China.

Mengulas mengenai kos bagi perjalanan kembara itu, Rushafizi yang juga seorang guru berkata, dia dan rakannya menggunakan wang simpanan sendiri di samping turut mendapat tajaan daripada beberapa pihak lain.

Tambahnya, persiapan juga telah dilakukan sejak beberapa bulan lalu termasuk dengan memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik bagi memastikan perjalanan lancar.

Mereka berharap agar kembara ini dapat berjalan lancar bagi mengharumkan nama negeri Perlis dan Malaysia kepada masyarakat luar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kami Mengembara

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply