ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Peugeot Landtrek dikesan sekitar Shah Alam

Foto Intip

Views

Hari ini meriah betul dengan foto intip. Sekali lagi kelibat unit ujian trak pikap Peugeot Landtrek berjaya dikesan, kali ini lokasinya di hadapan Politeknik Shah Alam. Foto-foto unit ujian Peugeot Landtrek itu sempat dirakam oleh salah seorang daripada penyumbang foto intip terbanyak di laman web kami setakat ini, Amir Zaheen Minhaj.

Jika diperhatikan, ia masih lagi unit pemanduan kiri (LHD) dan turut membawa beberapa individu serta bungkusan di belakang. Besar kemungkinan ia sedang menjalani ujian beban kerana ada beberapa barangan di  ruang kargo dan kami juga tidak tahu ke mana destinasi sebenarnya.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Ia merupakan model tukar lencana (rebadged) berasaskan dari model Changan Kaicheng F70 yang diperkenalkan di China tahun lalu. Peugeot Landtrek dijangka mula dijual di pasaran Afrika dan Amerika Latin pada penghujung tahun ini.

Trak pikap ini dijana dengan pilihan enjin petrol dan juga diesel. Untuk versi petrol, ia dijana oleh enjin 2.4 liter turbo yang mampu menghasilkan 210 kuasa kuda dan 320 Nm daya kilas yang disambungkan dengan pilihan transmisi manual enam-kelajuan atau enam-kelajuan automatik yang dilengkapi dengan mod pemanduan Sport dan Eco.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Versi diesel pula dikuasakan oleh enjin 1.9 liter VGT yang mampu menjana 150 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas. Enjin diesel ini pula digandingkan dengan transmisi manual enam-kelajuan. Penampilan luaran Landtrek berbeza dengan model asalnya Kaicheng F70 terutama sekali dengan kehadiran lenggok reka bentuk Peugeot yang lebih garang dengan jeriji dan ‘logo singa’ yang agak besar.

Perubahan paling ketara adalah di bahagian dalaman, yang menampilkan papan pemuka dengan gaya lebih moden yang dipengaruhi oleh reka bentuk i-Cockpit Peugeot yang nampak futuristik, kemas dan mewah. Trak pikap ini ditawarkan pilihan badan cab casis, cab tunggal dan cab kembar, serta pilihan sama ada pacuan empat roda atau dua roda di belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Peugeot Landtrek

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply