Dua anggota polis terselamat sejurus kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki terbabas dan terbalik ketika mengelak seekor anjing.
Dalam kejadian jam 6.15 pagi tadi, kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu terbabait nahas di Kilometer 7.3 Jalan Pintasan Rawang, dekat pusingan U menghala ke Serendah.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Difahamkan kedua-dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Sarjan, masing-masing berusia 27 dan 33 tahun tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan membabitkan SUV model Proton X70 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa menjalankan tugas dari Ipoh, Perak menghala ke Glenmarie, Shah Alam.
Setiba di lokasi, pemandu SUV itu dikatakan mengelak seekor anjing menyebabkan kenderaannya terbabas dan terbalik.
Ahmad Faizal berkata, kedua-dua anggota polis itu bagaimanapun berjaya keluar sendiri dari SUV terbabit. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto hiasan
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI