ARKIB

KATEGORI

Tular

Rempuh anggota JPJ – Penunggang Yamaha Y125ZR ada 8 rekod jenayah dan dadah, direman esok

Tular

Views

Penunggang motosikal Yamaha Y125ZR yang merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kilometer 28, Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) akan direman esok.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya sudah menahan lelaki berusia 25 tahun itu untuk siasatan lanjut.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, semasa pemeriksaan dijalankan kesalahan yang didapati oleh penunggang motosikal itu adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran yang sah.

Aidi Sham berkata, suspek yang ditangkap berumur 25 tahun mempunyai lapan rekod membabitkan dadah dan jenayah.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Suspek juga didapati tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh dan akan dibawa ke Mahkamah Port Dickson esok untuk proses tahan reman.

Kes disiasat dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam. – Buletin TV3

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply