ARKIB

KATEGORI

Buletin

KMSB meterai perjanjian usahasama teknikal dan pembekalan bersama Suzuki, umum jenama motosikal tempatan baharu AFAZ

Berita Tempatan

Views

KMSB Motors Sdn. Bhd. (KMSB) pada semalam telah menandatangani perjanjian usahasama teknikal dan pembekalan bersama Suzuki Motor Corporation (SMC) Jepun dan serentak dengan itu mengumumkan jenama motosikal tempatan terbaharu, AFAZ.

Majlis ini disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim serta turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman.

KMSB diwakili oleh Pengerusi Eksekutif KMSB Motors Sdn. Bhd. (AMI), En. Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya,  dan manakala SMC diwakili oleh Presidennya, Toshihiro Suzuki.

Usahasama ini juga merupakan kesinambungan kepada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Motosikal Jenama Tempatan (AM-2) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah disempurnakan pada 23 Ogos tahun lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Melalui perjanjian ini, Suzuki bersetuju membekalkan komponen penting untuk KMSB membangunkan motosikal AFAZ.

Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam memangkin industri automotif dua-roda negara yang merangkumi sejumlah 718,000 unit motosikal yang dipasarkan sepanjang tahun 2022.

Ia secara langsung akan menyumbang kepada keperluan kepakaran industri pembuatan tempatan, memangkin industri vendor, pertumbuhan tenaga kerja, dan pembangunan program industri yang berasaskan teknologi tinggi serta kemahiran.

Perjanjian ini juga selaras dengan pengumuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (atau NIMP 2030) oleh Perdana Menteri pada 1 September 2023.

NIMP bakal mendorong Malaysia menjadi pemimpin global dalam pembangunan industri, memperluas jaringan domestik serta memperkuatkan rangkaian nilai global dalam sektor pembuatan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ini membolehkan Malaysia berpotensi menjadi kuasa penting dalam menjayakan 4 misi luas NIMP2030 yang disokong oleh 4 penggerak utama yang mengintegrasikan PKS dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

AFAZ, jenama yang diperkenalkan oleh KMSB, akan memimpin inovasi dan reka bentuk dalam industri motosikal dengan kepakaran Penyelidikan, Pembangunan, Pemasaran & Inovasi (RDCI) tempatan dengan fokus yang jelas terhadap kualiti, prestasi, dan inovasi.

AFAZ berhasrat menjadi pemain utama dalam pasaran motosikal tempatan dan sekali gus bersaing di peringkat ASEAN dan global.

Dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran 20 kakitangan RDCI, AFAZ berada dalam kedudukan yang baik untuk menarik perhatian peminat motosikal tempatan dan antarabangsa, dengan menerapkan unsur estetika kontemporari dan moden dalam rekaan mereka.

Aktiviti ini juga turut melibatkan aktiviti kejuruteraan yang menitikberatkan peraturan terkini antarabangsa UNECE (WP.29).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply