ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak babi melintas, Prevé terbabas rempuh tiang elektrik dan penghadang jalan

Berita Tempatan

Views

Lima rakan terselamat apabila kereta dinaiki terbabas merempuh tiang elektrik dan besi penghadang jalan dipercayai mengelak babi melintas di satu selekoh di Jalan Melaka Pindah, di Alor Gajah, tengah hari kelmarin.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, semua mangsa cedera di beberapa anggota badan termasuk kepala dan muka apabila kereta berkenaan terbabas ke dalam longkang dan besi penghadang jalan tembus hingga ke cermin belakang Proton Prevé terbabit.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, Balai Polis Trafik Alor Gajah menerima laporan kemalangan itu pada jam 1.55 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk siasatan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari A’famosa, Simpang Ampat menghala ke Krubong dan keadaan cuaca hujan dan jalan licin.

Hasil temu bual pemandu, Muhammad Nur Hakim Mazlan dan semua penumpang di lokasi, mereka menyatakan apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu ternampak seekor binatang dipercayai babi melintas di hadapan.

Pemandu membrek dan mengelak, namun disebabkan permukaan jalan basah dan licin, kereta terus terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang TNB (Tenaga Nasional Berhad) serta penghadang jalan lalu hingga terperosok ke dalam longkang.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Akibat pelanggaran itu, Muhammad Nur Hakim yang juga juruteknik mengalami luka di tangan dan kaki kiri manakala penumpang lain, Amirul Syahmi Mansor (luka di kepala), Muhammad Zulheree Ismail (luka di kepala dan muka), Mohd Syarafuddin Suharman (luka di kepala) dan Khairul Izwan Khairul Azhar (luka di kepala dan muka).

Arshad berkata, semua penumpang dan pemandu yang berusia 22 tahun dan berasal dari Johor itu dikeluarkan pihak bomba dan dibawa ke Hospital Alor Gajah menaiki ambulans untuk rawatan.

Pemandu terbabit hadir ke Balai Polis Trafik Alor Gajah pada jam 6.25 petang hari sama untuk membuat laporan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply