ARKIB

KATEGORI

Tular

MBSA akan baiki semula ‘bonggol maut’ Seksyen 7

Tular

Views

Bonggol maut‘ yang dibina di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7 di Shah Alam yang tular serta mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya akan dibaiki semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

KOSMO!ONLINE melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halim berkata, buat sementara waktu MBSA akan menempatkan beberapa anggotanya bagi mengawal trafik di jalan tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Katanya, beliau sendiri telah turun meninjau keadaan bonggol tersebut selepas menerima banyak aduan daripada orang ramai.

“Semalam saya telah hubungi MBSA dan hari ini turun melihat sendiri keadaan bonggol itu kira-kira pukul 10 pagi tadi. MBSA memaklumkan akan membaiki semula bonggol jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, bonggol tersebut dibina susulan kemalangan maut seorang pelajar Universiti Selangor (Unisel) di kawasan tersebut pada 2019.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Jelas Najwan, pihak MBSA pada awal bersetuju untuk membina jejantas di kawasan terbabit namun akhirnya membina bonggol sebagai tindakan alternatif.

“Harap pihak MBSA dapat mempertimbangkan semula pembinaan jejantas yang telah diluluskan peruntukannya pada 2019,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pengguna Twitter, Adie Hussin memuat naik video memaparkan situasi beberapa pengguna jalan raya nyaris kemalangan akibat kemunculan ‘bonggol maut’ di Seksyen 7, Shah Alam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply