ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elon Musk jual saham Tesla RM30.6 bilion

Berita Global

Views

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk menjual saham bernilai AS$6.88 bilion (RM30.6 bilion) dalam syarikat automotif itu sejak Jumaat lalu, lapor Sputnik, memetik Securities and Exchange Commission (SEC) semalam.

Berita Harian melaporkan, menurut makluman SEC, bilionair itu menjual pakej 7.9 juta saham Tesla dalam masa tiga hari, bermula Jumaat, apabila saham syarikat berkenaan menjunam sebanyak 6.6 peratus.

Kelmarin, Musk menjual sebahagian lagi, apabila harga saham menunjukkan peningkatan sederhana sebanyak 0.8 peratus. Bahagian terakhir dijual semalam, apabila sahamnya susut sekali lagi, sebanyak 2.4 peratus.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Apabila ditanya oleh pengikutnya di Twitter sama ada akan berhenti menjual saham Tesla, Musk membalas bahawa ‘adalah penting untuk mengelak penjualan kecemasan saham Tesla’ jika dia terpaksa memuktamadkan urus niaga Twitter dan rakan ekuitinya mengabaikan transaksi itu.

April lalu, Musk menjual kira-kira AS$4 bilion (RM17.8 bilion) selepas bersetuju untuk membeli platform media sosial Twitter. Susulan langkah itu, Musk berkata beliau tidak akan menjual lagi saham Tesla pada masa hadapan.

Musk memerlukan dana tambahan untuk membiayai sebahagian urus niaga berkenaan. April lalu, Musk pada awalnya bersetuju untuk membeli Twitter pada harga kira-kira AS$44 bilion sebelum menyatakan kebimbangan mengenai jumlah akaun palsu.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Beliau cuba untuk menarik diri daripada urus niaga itu, dengan menyatakan bahawa Twitter mempunyai lebih daripada lima peratus akaun palsu.

Twitter memfailkan tindakan undang-undang terhadap Musk kerana mengingkari urus niaga itu, namun beliau melancarkan tindak balas dengan berkata syarikat itu melakukan penipuan dan melanggar kontrak.

Tesla Inc ditubuhkan pada 2003 sebagai pembangun dan pengeluar kenderaan elektrik serta teknologi berkaitan. Syarikat itu beribu pejabat di Palo Alto, California.

Selain kenderaan elektrik, Tesla menggunakan teknologinya untuk mengeluarkan bateri dan motor elektrik sebelum menjualnya kepada syarikat kereta lain seperti Toyota dan Daimler.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply