Empat buah Honda Civic baharu musnah dijilat api selepas sebuah treler terbakar di Kilometer 227.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berdekatan Pedas, di Rembau, petang tadi.
KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd. Izwan Md. Said berkata, sepasukan anggota dari Balai Rembau, Kota dan Alor Gajah, Melaka dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pukul 5.20 petang.
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan bahagian belakang sebuah treler membawa kereta baharu.
Secara keseluruhannya terdapat enam buah kereta di atas treler tersebut. Empat daripadanya musnah 100 peratus manakala dua lagi masing-masing terbakar 50 peratus dan tidak terbakar.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Tambahnya, setakat pukul 6.25 petang ini, operasi masih berjalan. Punca dan jumlah kerugian juga masih dalam siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial berhubung satu video berdurasi 24 saat memaparkan sebuah treler membawa kenderaan baharu terbakar.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI