ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perak negeri pertama beri lesen L percuma

Berita Tempatan

Views

Perak merupakan negeri yang pertama memberi lesen L percuma kepada individu berumur 18 tahun ke atas khususnya buat kelompok anak muda, golongan kurang berkemampuan (B40) termasuk orang kelainan upaya (OKU).

Menurut KOSMO! ONLINE, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, seramai 600 peserta dari seluruh Perak berumur 18 tahun ke atas terdiri dariapada pelbagai bangsa telah diberikan lesen kelas L secara percuma.

Katanya, Perak merupakan negeri pertama yang memberi lesen percuma setelah mereka disahkan layak oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Tambah beliau, pada hari ini seramai 600 orang peserta menerima lesen dan bakinya 1,571 orang pada akhir September atau awal Oktober setelah berjaya lulus dalam ujian bertulis nanti,.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Penyerahan Lesen Motosikal Perak Sejahtera di Dewan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Kampung Bawong di Ipoh, hari ini.

Menurutnya Mohd. Zolkafly, program itu melibatkan beberapa buah daerah serta pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Lebih kurang 23 DUN yang dapat kita berikan kepada mereka dan jika diikutkan tak cukup tetapi berdasarkan kelulusan setengah juta ringgit yang diluluskan di bawah program Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera, maka seramai 1,571 orang yang layak dipilih untuk menerima lesen L ini,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, program tersebut bergantung kepada peruntukan dan berkemungkinan akan diteruskan. Insha-Allah, pihaknya akan kemukakan kepada kerajaan negeri ke dalam Bajet 2023 kelak.

Tambah beliau lagi, pihaknya juga akan mencadangkan program ini untuk diteruskan lesen percuma khususnya kepada anak muda supaya tiada anak muda yang tidak memiliki lesen. Mereka bukan sahaja boleh bekerja malah boleh menjalankan perniagaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply