ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat pemenang BMW Motorrad GS Challenge bakal ke Albania Oktober ini

Berita Tempatan

Views

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini telah menghimpunkan lebih daripada 150 penunggang jentera kembara serta para peminat jenama tersebut di acara BMW Motorrad GS Challenge yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, BMW Motorrad GS Challenge ini mengimbau pertandingan popular anjuran mereka, International GS Trophy yang berlangsung di beberapa lokasi-lokasi ekstrem di seluruh dunia.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau percaya bahawa para peserta tempatan telah menikmati keseronokkan, pengembaraan, dan cabaran menunggang tersebut.

Tambahnya, cabaran ini telah menyaksikan para peserta menjalani ujian menunggang dan menavigasi di samping cabaran individu di atas landasan luar jalan berhalangan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Beberapa finalis terbaik telah dipilih untuk bersaing pada Hari ke-2 bagi merebut peluang eksklusif untuk menyertai “Follow the Trails” (FTT) Tour, yang merupakan sebahagian daripada acara International BMW GS Trophy di Albania pada bulan Oktober ini.

FTT memberi peluang kepada pemenang tersebut untuk menyusuri laluan seperti yang digunakan oleh peserta pertandingan International BMW GS Trophy 2022.

Empat finalis dinobatkan sebagai pemenang cabaran ini dan akan dibawa ke Albania untuk menyertai FTT Tour. Mereka adalah Muhairi bin Muhammad, Rosmadi bin Saad, Niranjan a/l Visuvalingam dan Elis Suriani binti Johari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply