ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMWT daftar 6,637 unit model Toyota dan Lexus pada bulan Julai, Hilux kekal trak pikap terlaris!

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) berjaya mendaftarkan sebanyak 6,624 unit model Toyota, manakala 13 unit model Lexus telah didaftarkan pada bulan Julai 2022.

Jumlah jualan keseluruhan bagi bulan Julai 2022 adalah sebanyak 6,637 unit dengan jumlah jualan tahunan setakat ini bagi Julai 2022 adalah 52,548 unit, meningkat 48 peratus berbanding 35,561 unit (Toyota + Lexus) dalam tempoh yang sama tahun lalu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Toyota Hilux masih lagi kekal sebagai trak pikap terlaris di Malaysia sejak 2005 dengan 1,788 unit telah pun dijual pada bulan Julai 2022.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, pihaknya bekerja dengan bertungkus-lumus bagi memastikan penghantaran secepat yang mungkin kepada pelanggan setia menunggu. Untuk bulan Ogos, UMWT menawarkan peminat Yaris dan Vios faedah bernilai RM4,000 selain rebat tunai.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sejajar dengan komitmen Toyota Global untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 dan menyokong Toyota Environmental Challenge 2050, UMWT baru-baru ini telah mengadakan program penanaman pokok di Taman Alam Kuala Selangor dan acara ‘Hike and Clean‘ di Bukit Broga, Semenyih.

Program penanaman pokok itu menyaksikan seramai 80 peserta telah menanam sebanyak 1,500 anak pokok bakau, manakala aktiviti ‘Hike and Clean‘ pula merupakan sebahagian daripada sasaran Toyota Environmental Challenge 2050.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply