ARKIB

KATEGORI

Buletin

Empat ‘Superman’ Temerloh kena cekup, motosikal Yamaha Y15ZR disita

Berita Tempatan

Views

Tiga penuntut dan seorang pelajar yang melakukan aksi ‘superman’ serta menunggang secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Ahad lalu ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis Mazlan Hassan, berkata semua mereka berusia 19, 20, 22 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing pada jam 4.42 petang.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat berdasarkan video tular yang berlaku di Jambatan Ahmad Shah, LPT1, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bertindak menjejaki suspek.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Polis kemudian menahan keempat-empat suspek untuk membantu siasatan. Turut ditemui motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan.

Semua penunggang turut dikesan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki. Seorang lagi suspek masih di kesan.

Mazlan berkata, mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Terdahulu, media melaporkan polis memburu sekumpulan ‘Superman’ yang tular di media sosial selepas video menunjukkan mereka menunggang secara berbahaya di lebuh raya sebelum terbabas.

Dalam rakaman berdurasi 28 saat itu, penunggang motosikal berkenaan dilihat bersaing sesama sendiri sambil membuat aksi sebelum seorang daripadanya hilang kawalan dan terbabas.

Insiden menyebabkan beberapa penunggang lain di belakangnya turut terjatuh ketika cuba mengelak rakan mereka yang terbabas. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply