ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat kemalangan tular babitkan Honda City dan BMW S1000RR

Tular

Views

Polis membuka kertas siasatan berkaitan kemalangan tular membabitkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Honda City di kilometer 22, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur, di Gombak, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 12.20 tengah malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan mana-mana individu tercedera.

Katanya, penunggang motosikal jenis BMW S1000RR yang terlibat kemalangan berkenaan dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Setibanya di lokasi kejadian, lelaki berusia 33 tahun yang menunggang motosikalnya telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri sebuah kereta yang mengubah laluan ke lorong tengah secara tiba-tiba.

Kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun telah berhenti di tepi jalan bersama penunggang motosikal tersebut lalu tercetus pertengkaran antara mereka. Menurut Noor Ariffin, kemalangan tersebut kini disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN 166/59.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Sazila Yusuf di talian 013-3083696 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, 03-61262222.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Terdahulu, tular video berdurasi dua minit 35 saat di aplikasi X memaparkan sebuah motosikal berkuasa tinggi terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur.

Susulan perlanggaran itu, pemandu kereta bertindak berhenti di bahu jalan sebelum bertengkar dengan penunggang motosikal terbabit.

Bagaimanapun, pertengkaran tersebut telah dihalang oleh kedua ibu bapa pemandu kereta yang turut berada dalam di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply