ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yamaha Y15ZR SE 2023 diperkenalkan, siap dengan kit aero dan warna baharu – Harga RM9,498

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan ‘Raja Jalanan’, Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) 2023 dengan pilihan warna dan reka corak grafik baharu, lengkap dengan kit aero.

Ia boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula semalam (15 Ogos 2023). Harga runcit yang disyorkan adalah RM9,498 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Y15ZR SE tampil dengan warna badan baharu, iaitu biru yang diserikan dengan kombinasi reka corak grafik jejalur hitam, merah dan emas. Kemasan rim aloinya pula dicat dengan warna emas.

Selain itu, Y15ZR SE turut dilengkapi dengan lima unit kit aero yang terdiri daripada visor, termasuk skup udara pada bahagian sisi dan juga belakang.

Model moped ini masih lagi mengekalkan enjin silinder tunggal (SOHC) 150 cc sejukan cecair yang menghasilkan 15.5 PS pada 8,500 rpm dan 14.4 Nm daya kilas pada 6,500 rpm.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Enjin ini dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan bersama cekam jenis basah berbilang plat. Ia menggunakan suspensi hadapan jenis teleskopik, manakala di belakang menggunakan jenis lengan buai bersama penyerap hentak tunggal.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan sistem brek menggunakan cakera tunggal hidraulik di hadapan dan juga di belakang. Kapasiti tangki bahan bakarnya pula adalah 4.2-liter.

Model edisi khas ini didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km dan setiap pembelian juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply