Setelah menyiarkan beberapa siri iklan acah, Proton hari ini mengumumkan nama model pertama untuk jenama kenderaan elektrik baharunya Proton e.MAS, yang dikenali sebagai e.MAS 7.
Pelancaran rasminya dijadualkan pada pada akhir tahun ini. Sejak pengumuman jenama e.MAS pada Jun lalu, jumlah keseluruhan pengedar di seluruh Malaysia PRO-NET kini sudah bertambah kepada 29.
Dibangunkan bersama Geely, Proton e.MAS 7 adalah SUV segmen-C yang menampilkan pelantar Global Modular Architecture (GMA).
Dengan dimensi sepanjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman yang cukup luas dengan reka bentuk luaran kontemporari.
Lebih daripada seratus jurutera Proton telah memberikan sumbangan secara langsung kepada projek ini, memastikan ia memenuhi keperluan rakyat Malaysia serta pengguna dari negara lain.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Kenderaan elektrik sepenuhnya ini menampilkan sistem pemacu elektrik terkini 12-dalam-1 yang canggih. Selain itu, Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan seni bina bateri ‘Cell-To-Body‘ yang inovatif.
Ia dapat memperkuatkan kekuatan struktur bateri, menambah keluasan ruang dalaman, meningkatkan kestabilan dalam kawalan selekoh dengan kelajuan tinggi, serta keseluruhan pengendaliannya.
Proton e.MAS 7 juga dilengkapi dengan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan.
Penyedia Sistem Telematik dapat menyokong pelbagai fungsi canggih, membawakan teknologi pintar terus kepada pengguna.
Dengan inovasi ini, Proton e.MAS 7 muncul sebagai peneraju dalam segmen EV, menetapkan standard baru untuk teknologi dan pengalaman pemanduan.
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
Proton telah melabur didalam pembangunan casis Proton e.MAS 7 bagi memastikan dinamik pemanduan yang luar biasa sesuai untuk jalan raya di Malaysia.
Proton e.MAS 7 telah menjalani ujian yang ketat, dengan 700,000 waktu kerja dan 10 juta kilometer ujian dilakukan untuk mengesahkan ketahanan dan keandalannya.
Dilengkapi dengan sistem yang sentiasa aktif, model ini mendapat manfaat daripada ujian dan kemas kini yang berterusan, termasuk penambahbaikan berkala pada sistem navigasi serta peningkatan perkhidmatan DHU dan TSP.
Pasukan PRO-NET juga telah membangunkan penyedia sistem telematik tempatan untuk menyokong kawalan kenderaan, navigasi, dan superApp Proton e.MAS.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, dengan teknologi canggih yang di bangunkan di dalamnya, pihaknya yakin ia tidak hanya memukau dengan inovatifnya tetapi juga akan menyentuh hati pelanggan.
Tambah beliau, pihaknya akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai Proton e.MAS 7 dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Munadzam Samsudin
Foto rasmi
Foto kredit Theottle
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
KOMEN TERKINI