ARKIB

KATEGORI

Buletin

EPMB, BAIC meterai MoU pengeluaran kenderaan pemanduan kanan di Malaysia

Berita Tempatan

Views

EP Manufacturing Bhd (EPMB) baru-baru ini telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan BAIC International Development Co Ltd (BAIC International) yang berpangkalan di China.

MoU ini adalah bagi kerjasama pemasangan tempatan model SUV, BJ40P dan X55II pemanduan kanan (RHD), kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) termasuk kenderaan elektrik (EV).

Menurut laporan Bursa Malaysia, kedua-dua syarikat bersetuju untuk membangunkan EV RHD berjenama BAIC untuk memenuhi pasaran Malaysia dan pasaran RHD Asia Tenggara.

BAIC International merupakan sebahagian daripada Beijing Automotive Group Co Ltd, yang merupakan syarikat Fortune Global 500 dan salah satu pengeluar kereta terbesar di China.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Membangunkan kilang pengeluaran pangkalan pemasangan serta pengeluaran tempatan bersama EPMB adalah penting kepada rancangan BAIC International untuk mewujudkan rangkaian perkhidmatan jualan dan selepas jualan di Malaysia.

EPMB akan bertanggungjawab untuk pemasangan tempatan model BJ40P, X55II dan model-model ICE dan EV BAIC akan datang, jika kedua-dua syarikat mencapai perjanjian muktamad.

Malah, EPMB juga akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan alat ganti untuk kenderaan tersebut di Malaysia, selaras dengan visi kerajaan untuk meningkatkan kandungan tempatan kereta yang dipasang di negara ini. dan mengukukuhkan keupayaan industri automotif.

Pada 2022, BAIC International dilaporkan telah mengeluarkan dan menjual sebanyak 1.45 juta kenderaan, termasuk sedan, EV serta SUV.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Syarikat tersebut mencatatkan pendapatan AS$74.69 bilion (RM340 bilion), sekali gus menjadikannya sebagai pengeluar kereta China keempat terbesar dalam Fortune Global 500.

Dianggap sebagai perintis dalam industri automotif China, BAIC International mempunyai rekod inovasi yang panjang.

BAIC International juga merupakan pemegang saham individu terbesar Mercedes-Benz Group AG, dengan 9.98 peratus kepentingan dalam pembuat kereta Jerman itu.

Pada tahun 2022, usaha sama BAIC International dengan Daimler AG bertanggungjawab untuk mengeluarkan dan menjual 600,000 kenderaan Mercedes-Benz. – New Straits Times

KLIK UNTUK BESARKAN

Beijing Auto BJ40 2023

Beijing Auto X55II

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply