ARKIB

KATEGORI

Tular

Baru je ambil tapi ‘enjin mati dua kali’, pemilik Saga baharu buat laporan polis terhadap pusat pengedar Proton

Tular

Views

Satu ciapan yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter (X) bernama ad nomey menjadi tular sejak semalam kerana membuat laporan polis terhadap sebuah pusat pengedar Proton di Kajang, Selangor.

Menurut ad nomey, pada 29 Julai (Sabtu) minggu lalu dia telah pergi ke Proton KEB Auto TTDI Kajang untuk mengambil kereta pertamanya, iaitu sebuah Saga baharu bersama kakak dan abangnya.

Pada mulanya dia berasa teruja dan sempat bergambar dengan penasihat jualan. Selepas itu, Saga tersebut perlu menjalani rutin Pemeriksaan pra-penghantaran (PDI) sebelum kereta diserahkan kepadanya.

Kemudian, dia membuat pandu uji singkat di sekitar kawasan Taman Tun Dr. Ismail. Segalanya okay dan dia pun menandatangani perjanjian dan terus menuju ke kedai pemasangan ‘tinted‘ milik kawan abangnya di Bandar Mahkota.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Namun, belum sempat lagi keluar dari parkir bilik pameran, enjin Saganya tiba-tiba mati. Lantas dia menghubungi abangnya yang sedang dalam perjalanan ke kedai ‘tinted‘ untuk berpatah balik.

Abangnya kemudian memanggil penasihat jualan yang turut membawa seorang juruteknik bersamanya. Mereka meminta izin untuk Saga tersebut dibawa masuk ke pusat servis untuk mengenal pasti puncanya.

Setengah kemudian, kereta itu selesai dibaiki dan juruteknik berkata ia hanyalah masalah kecil. 15 minit kemudian ketika dalam perjalanan untuk memasang ‘tinted‘, enjin Saga itu mati sekali lagi di tengah jalan dan langsung tidak boleh dihidupkan.

Lalu dia meminta bantuan trak tunda daripada Proton dan pihak insurans, tetapi kereta tersebut tiada dalam sistem kedua-duanya. Dia mula berang dan tidak lama kemudian pihak Proton menghubunginya semula untuk menawarkan bantuan tunda dengan kos yang ditanggungnya sendiri.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dua jam kemudian, abangnya cuba memandu Saga itu kembali ke pusat servis dan terus berjumpa dengan pengurus. Berlaku ‘pertikaman lidah’ antara mereka, kerana dikatakan pengurus itu cuba lepas tangan dan menyalahkan sistem Proton.

Pengurus itu mencabarnya untuk membuat laporan polis dan mereka meninggalkan kereta itu di sana dan membuat laporan di Balai Polis Semenyih.

Malam itu dia menerima panggilan daripada Proton KEB Kajang yang mempersoalkan tindakannya membuat laporan polis dan memintanya membuat aduan kepada pihak Tribunal Pengguna.

Pada Isnin lalu, dia menghubungi talian hotline Proton untuk membuat aduan. Beberapa jam kemudian, Proton KEB Kajang kembali menghubunginya dan mengatakan masalah kereta tersebut berpunca daripada skru yang longgar.

Setakat artikel ini ditaip, ciapan tersebut telah diulang kicau sebanyak 8,236 kali dengan lebih 242 komen di Twitter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply