Allahuakhbar. Kami nak pergi kubur je tapi kereta kena rompak. Astaghfirullahalazim. Saya minta tolong jasa warga twitter tolong cari kerja siapa ni. Dalam bag ada macam2 document penting. Tolong share… pic.twitter.com/rwvjwQFkWg
— Bulan (@fathiahmohd) April 29, 2022
Lelaki warga emas kehilangan wang tunai berjumlah RM8,000 selepas kenderaannya dipecah dan wang hasil perniagaan dilarikan individu tidak dikenali ketika menziarah Tanah Perkuburan Lipat Kajang, dekat Klang, semalam.
Menurut Harian Metro, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun bersama ahli keluarga termasuk isteri, anak serta menantu ke tanah perkuburan itu untuk menziarahi pusara ahli keluarga.
Menantu mangsa, Fathiah Mohd, 29, berkata, mereka sekeluarga menaiki dua kenderaan untuk ke kubur dan ketika sedang menziarahi pusara datuk, suaminya terlihat seorang lelaki berdekatan kenderaan mereka.
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
Katanya, apabila melihat suami mendekati kereta, lelaki yang menaiki motosikal jenis EX5 berwarna kuning itu melarikan diri.
Suaminya kemudian melihat cermin tingkap di bahagian pemandu kereta bapanya dipecahkan dan beg mengandungi wang, kad pengenalan, lesen dan lain-lain dokumen dilarikan.
Tambah Fathiah, pintu kereta mereka juga sudah diumpil bagaimanapun dia tidak sempat mengambil apa-apa ekoran tindakan segera suami ke kereta selepas ternampak suspek.
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
Dia berkata, wang berkenaan adalah hasil perniagaan bapa mentua dan dibawa bersama kerana mereka merancang untuk ke bank selepas itu.
Katanya, walaupun terkilan selepas kehilangan ribuan ringgit, mereka sekeluarga bersyukur kerana penjenayah tidak bertindak agresif.
Ini menjadi peringatan buat mereka yang mana jika ingin menziarah kubur, supaya tidak datang sendirian kerana kawasan berkenaan sunyi dan bahaya. Fathiah berkata, laporan polis sudah dibuat berkenaan kejadian itu.
Terdahulu, Fathiah berkongsi beberapa rakaman yang memaparkan kereta bapa mentuanya dipecahkan di bahagian tingkap di Twitter.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “
KOMEN TERKINI