ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Foto Intip

Views

Di kala warga Kota sedang berpusu-pusu pulang ke desa untuk ber’Hari Raya’, Proton dalam diam-diam mengambil kesempatan ini untuk melakukan penggambaran iklan komersial model Saga MC2.

Kelibat Saga MC2 tanpa sebarang celoreng penyamaran berjaya dikesan di suatu lokasi sekitar Putrajaya. Beberapa foto sempat dirakam oleh rakan kepada Theophilus Chin, yang bernama Fiz Sleeperz. Turut kelihatan, krew produksi dan kakitangan Proton.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ini sekali gus memberi petanda awal yang Saga MC2 sudah semakin hampir untuk dilancarkan. Ada ura-ura mengatakan yang Saga MC2 akan dilancarkan pada bulan Mei, selepas cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Saga MC2 akan ditawarkan dengan empat pilihan varian – 1.3L Standard MT, 1.3L Standard AT, 1.3L Premium AT dan varian baharu, 1.3L Premium S AT.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Varian 1.3L Premium S AT dilengkapi dengan beberapa ciri baharu, antaranya:

  • Cermin sisi auto lipat
  • Kemasan pintu but belakang dengan suis pembuka
  • Skirt sisi
  • Rim aloi 15-inci kemasan dwitona
  • Skirt bampar hadapan
  • Panel meter baharu
  • Stereng balutan kulit sintetik
  • Balutan tempat duduk separa kulit sintetik
  • Butang penghidup enjin
  • Kemasukan nirkunci (keyless)
  • Lampu kabin dengan fungsi auto malap
  • Rona kabin warna hitam

Nantikan perkembangan terkini mengenai Saga MC2 dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Fiz Sleeperz dan Syaffiq Imran Amir

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply