ARKIB

KATEGORI

Buletin

EV pertama Proton lima tahun lagi – Roslan Abdullah

Berita Tempatan

Views

Proton Holdings Bhd (Proton) dijangka mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pemasangan tempatan (CKD) pertama jenama nasional itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Berita Harian melaporkan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah, berkata buat masa ini, Proton memiliki dua model pembakaran dalaman (ICE) yang boleh ditukar kepada EV, namun mereka perlu memahami pasaran, teknologi dan pelaburan sebelum memutuskan untuk menjadi sebahagian pengeluar dalam industri alaf baharu itu.

Katanya, pelan hala tuju EV Proton sudah bermula hampir 10 tahun lalu, namun tidak dapat dilaksanakan selepas mengambil kira permintaan pasaran ketika itu.

Melihat kepada pasaran semasa, Proton akan mengorak langkah untuk terbabit dalam industri EV dengan pengenalan model ini menjelang 2027.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel sesi Pelaburan dalam EV – Peluang dan Cabaran pada forum Invest Malaysia Series 2: The Road to EV di Kuala Lumpur, hari ini.

Forum Invest Malaysia Series 2: The Road to EV adalah anjuran Bursa Malaysia dengan kerjasama Macquarie Group. Mengulas lanjut, Roslan berkata, Proton sedang mengadakan perbincangan dengan rakan niaga berpotensi untuk pemasangan tempatan model EV sebelum memuktamadkan pengeluaran kenderaan tenaga baharu itu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Proton perlu membuat perancangan rapi sebelum beralih kepada EV kerana perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengeluaran, pengedaran dan pemasaran.

Beliau menjelaskan, dari aspek ekonomi, apabila jualan kenderaan ICE Proton mencecah 150,000 unit setahun, ia cukup bagus untuk Proton mempertimbangkan peralihan kepada EV.

Ini kerana, katanya, setiap pembangunan model baharu memerlukan pelaburan mencecah RM1 bilion, namun dengan situasi semasa dalam industri EV, jumlah pelaburan mungkin menjadi lebih tinggi.

Namun, pelaburan bergantung kepada tahap teknologi yang digunakan. Dari aspek fundamental, ia mungkin menjadi lebih murah. Dengan pelaburan besar yang diperuntukkan, jumlah pengeluaran yang ekonomi untuk Proton adalah sekitar 20,000 hingga 30,000 unit.

Ditanya sama kos EV berkenaan adalah mampu milik, Roslan berkata, pelanggan perlu mengambil kira kos pemilikan keseluruhan termasuk penyelenggaraan berbanding pemilikan kenderaan ICE meskipun harga jualan mungkin lebih tinggi.

Jelas beliau, EV memberi penjimatan sebanyak 70 peratus dari segi servis. Ia belum mengambil kira kos bahan api jika anda menggunakan kenderaan ICE.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Harga EV juga bergantung kepada saiz bateri dan jarak yang ditawarkan sama seperti anda membeli telefon pintar yang mana lebih murah peranti yang dibeli, lebih rendah memori dan spesifikasi yang ditawarkan.

Ogos lalu, Proton memeterai Perjanjian Pengedaran Am dengan Smart Automobile Co Ltd bagi mengedar, menjual dan servis kenderaan EV di pasaran Malaysia dan Thailand.

Menerusi perjanjian itu, Proton akan menjual kenderaan EV Smart Automobile di pasaran Malaysia bermula suku keempat tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, sebelum ini berkata model pertama Smart akan dilancarkan pada suku keempat 2023 di Malaysia sebelum mula memasuki pasaran Thailand pada pertengahan 2024, sekali gus menjadi langkah besar kumpulan dalam menembusi pasaran kenderaan EV.

Fasa pertama bukan hanya tertumpu kepada penjualan semata-mata, tetapi juga mengambil pengetahuan dan pengalaman dalam pengendalian servis dan pengecasan EV.

Menurut Chunrong, peralihan ke dalam segmen pasaran itu juga akan membantu memacu Proton ke arah mesra alam sejajar dengan sasaran neutraliti karbon kerajaan menjelang 2050.

Proton mendedahkan, peringkat permulaan, pengeluar kereta nasional itu menyasarkan jualan sebanyak 800 hingga 1,000 unit setahun atau sekitar 10,000 unit sehingga 2027.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan Iriz EV

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply