Kenderaan Operasi Khas (Special Operation Vehicle) buatan syarikat tempatan, Cendana Auto Sdn Bhd (Cendana Auto) yang dikenali sebagai SF-21X dikatakan telah ‘ditolak‘ pasukan elit negara, Grup Gerak Khas (GGK) disebabkan beberapa faktor reka bentuk.
Menurut maklumat dari laman Facebook Malaysia Military Review, antaranya sebabnya adalah cermin sisi kenderaan tersebut yang menghalang pandangan semasa menembak, selain posisi pengendali senjata yang terhad disebabkan oleh ruang yang agak sempit.
JOM BACA >> Perodua lancar generasi kedua Alza (D27A) – Tiga varian, pelantar DNGA, harga dari RM62,500
Ia telah pun selesai menjalani ujian intensif dan diharapkan pihak Cendana Auto dapat membuat beberapa penambahbaikan sebelum diterima masuk ke dalam pasukan GGK.
Pada peringkat awal, sebanyak 16 unit akan diperoleh oleh GGK bagi memberi nilai tambah pada pengoperasian pasukan elit tersebut di masa akan datang.
JOM BACA >> https://www.funtasticko.net/gambaran-bakal-perodua-traz-nexis-2023-d66b-versi-theophilus-chin/?swcfpc=1
SF-21X ini dibangunkan dari casis Toyota Hilux dan dilengkapi pelindung letupan di bahagian enjin dan tangki minyak, pelancar Bom Tangan Automatik, dan mesingan tempur.
Kenderaan ini boleh membawa enam orang anggota dan mampu menangkis letupan periuk api. Selain SF-21X, Cendana Auto turut menghasilkan beberpa kenderaan lain seperti Fitted For Radio (FFR), Armed Tactical Ground Vehicle atau Kenderaan Pembawa Senjata (ARTAC), Ground Tactical Mortar Transporter atau Kenderaan Pembawa Mortar (MT-8150).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Panggilan Pertiwi
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI