Ini cubaan kedua sahabat kami, Theophilus Chin yang sememangnya pakar manipulasi foto untuk menghasilkan gambaran bakal SUV Perodua (namakod D66B) yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) untuk segmen-B (DNGA-B).
Dalam artikel terdahulu, Theo pernah mencuba untuk menghasilkan gambaran awal model berkenaan dengan menggunakan Suzuki Vitara sebagai asas rekaan.
Namun, kali ini Theo cuba menggunakan Toyota Yaris Cross sebagai model asas berdasarkan beberapa petunjuk terbaharu yang diterimanya.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Kata Theo, gaya reka bentuk model bayangannya ini lebih cenderung kepada model Daihatsu FX Concept yang telah dipertontonkan semasa pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2015.
Model bayangannya itu juga mengambil beberapa elemen reka bentuk dari model Toyota RAV4, rekaan jeriji dan lampu depannya pula mirip Honda HR-V generasi baharu, manakala rekaan belakang mempunyai sedikit persamaan dengan Yaris Cross.
Jika anda perasan, Theo telah mengolah reka bentuk berkenaan dengan menyuntikbeberap elemen rekaan terkini Perodua, yang telah ditonjolkan pada model Myvi facelift dan Alza 2022 (D27A).
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Sebelum ini, ada spekulasi mengatakan model D66B adalah kembar kepada Toyota Urban Cruiser Hyryder dan Suzuki Grand Vitara.
Namun, jangkan tersebut mungkin meleset memandangkan kedua-dua model tersebut dibangunkan dari pelantar Suzuki Global-C yang menjadi asas kepada Brezza, Ciaz, S-Cross dan generasi keempat Vitara.
Untuk versi Perodua, D66B bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.
Dalam artikel terdahulu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang ‘dicop lebih awal’ bagi kegunaan model baharu mereka nanti.
Jom saksikan pembikinan model ini!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
Foto kredit Daihatsu FX Concept
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI