Kini tiba giliran Suzuki pula untuk melancarkan SUV terbaharu mereka, Grand Vitara yang merupakan kembar kepada Toyota Urban Cruiser Hyryder. Bukan sahaja untuk pasaran India, Suzuki merancang untuk mengeksportnya ke pasaran luar termasuk Afrika.
Grand Vitara dibangunkan dari pelantar seni bina Suzuki TECT atau lebih dikenali dengan Global C. Ia berukuran 4,345 mm panjang, 1,795 mm lebar dan 1,645 mm tinggi, manakala jarak antaran gandarnya pula adalah 2,600 mm.
Tapak rodanya ini adalah sama dengan Suzuki S-Cross dan 100 mm lebih panjang berbanding model biasa Vitara atau Escudo, Dari segi penggayaan, Grand Vitara 2022 tidak banyak berbeza dengan kembarnya Urban Cruiser Hyryder.
Yang berbeza cumalah pada bahagian depan yang lebih elegan dengan lampu siang LED (DRL) lebih langsing, jeriji lebih besar dengan kemasan Krom Gelap, liang udara bawah bampar lebih kecil dan kelongsong lampu depan yang lebih garang.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Bahagian belakangnya juga sedikit berbeza, terutama sekali lampu belakang LED dengan tema gelap yang lebih ranggi dan moden. Melengkapi gaya lasak SUV ini adalah plat gelincir pada bahagian depan dan belakang, serta lapik plastik pada lengkung tayarnya.
Di bahagian dalam, Grand Vitara juga hampir sama dengan Urban Cruiser Hyryder, cuma dengan perbezaan kombinasi warna dan juga emblem Suzuki. Kombinasi rona hitam dan burgundy menjadi pilihan Suzuki untuk kemasan tempat duduk, papan pemuka, sisi pintu dan jahitan benang, manakala pilihan warna hitam penuh turut ditawarkan sebagai pilihan.
Bahagian konsol tengahnya diberikan kemasan gaya aluminium atau emas champagne, yang menempatkan unit kawalan pendingin hawa dwizon. Unit infohibur bersaiz 9-inci pula menerima Suzuki Connect yang terkini, menawarkan lebih 40 ciri ketersambungan dan arahan suara.
Antara ciri menarik model ini adalah bumbung suria panorama, tempat duduk berliang, pad pengecasan nirwayar, sistem bunyi premium, kamera 360-darjah dan corong pendingin hawa belakang. Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan Gelongsor.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
SUV ini ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa. Varian aras-mula Progressive Smart Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol 1.5-liter K-series Dual Jet VVT yang digandingkan dengan sistem ISG 12-Volt dan bateri lithium ion kecil berkapasiti 6Ah.
Trenkuasa ini mampu menjana 101 kuasa kuda dan 135 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan ke roda hadapan atau kesemua roda (AllGrip) menerusi pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau enam-kelajuan automatik dengan paddle shift.
Versi kedua atau hibrid penuh dikenali Intelligent Electric Drive pula dijana dengan enjin 1.5-liter dari Toyota, motor elektrik yang lebih berkuasa, ISG dan bateri lithium-ion berkapasiti lebih besar yang menghasilkan 114 kuasa kuda dan 141 Nm daya kilas.
Kuasa dihantar ke gandar hadapan menerusi transmisi e-CVT dengan empat pilihan mod pemanduan, EV, Eco, Power, dan Normal. Walaupun merupakan hibrid pengecasan sendiri, bateri yang besar cukup baik untuk mendapatkan jarak tempuh sehingga 25 km.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI