ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ferrari Purosangue – Crossover mewah pertama Prancing Horse dengan enjin V12, 715 kuasa kuda

Berita Global

Views

Meskipun tiba agak lewat dalam persaingan segmen crossover/SUV mewah, Ferrari Purosangue sememangnya dinanti-nantikan oleh para peminatnya.

Dengan penggayaan yang diinspirasikan dari model coupe Ferrari Roma dengan enjin V12 yang mampu mencecah kelajuan maksima 310 km/j, penantiannya memang amatlah berbaloi.

Setelah 75 tahun, akhirnya Ferrari menghasilkan juga kereta empat-pintu pertamanya yang bakal berentap dengan versi yang lebih mahal seperti Aston Martin DBX, Lamborghini Urus, Bentley Bentayga, and the Rolls Royce Cullinan.

Kini tinggal McLaren sahaja yang masih ‘terkial-kial’ untuk mengikut rentak pasaran semasa. Purosangue sememangnya merupakan kereta keluarga yang praktikal.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Tidak seperti pesaingnya yang memilih bentuk SUV, Ferrari telah menggunakan rekaan badan crossover yang lebih bergaya dengan pusat graviti rendah yang dibantu oleh panel bumbung daripada karbon, sekali gus menawarkan pengendalian yang lebih mantap.

Selain gaya coupe, antara keunikan gaya rekaan Purosangue berbanding pesaingnya adalah pintu berengsel belakang ala Rolls Royce Cullinan dan lengkung roda ‘terapung’ yang menjadikan tayar 22-inci di depan dan 23-inci di belakang kelihatan tidak terlalu ‘gedabak’.

Purosangue dikuasakan oleh enjin 6.5-liter V12 aspirasi alami yang menjana 715 kuasa kuda dan 716 Nm daya kilas yang digandingkan dengan sistem pacuan semua-roda menerusi transmisi 8-kelajuan dwicekam di belakang, sama seperti kereta GT Ferrari yang lain.

Ini membolehkan Purosangue mendapat nisbah berat yang hampir seimbang, iaitu 49 (depan) : 51 (belakang). Pecutan dari 0 ke 100 km/j pula hanya dalam tempoh 3.3 saat.

Menurut Ferrari, Purosangue bakal ditawarkan dalam beberapa pilihan enjin seperti V6, V8, serta trenkuasa hibrid pada masa akan datang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Meskipun ia bukanlah model Ferrari pertama dengan sistem pacuan semua-roda, tetapi ia menjadi yang pertama menerima ciri kawalan gelongsor, sesuatu yang tidakpernah  difikirkan oleh mereka sejak 20 tahun lalu.

Ia juga menjadi Ferrari yang pertama dilengkapi kawalan olengan aktif yang menggunakan peredam gelendong-injap Multimatic kawalan elektronik.

Masuk ke dalam kabin, ia turut menampilkan rekaan dalaman yang agak berbeza. Tatkala pengeluar lain seperti Porsche yang menampilkan susun atur papan pemuka yang hampir sama, Ferrari pula mengubahnya tanpa kehadiran paparan skrin di tengah.

Papan pemuka Purosangue seolah-olah dikerat sebahagian dari model 296 GTB yang dipantulkan ke arah bertentangan. Ini bermakna pemandu dan juga penumpang hadapan, masing-masing mempunyai paparan skrin besar di hadapan mereka.

Buat masa ini, Ferrari masih merahsiakan tanda harga Purosangue, namun menurut andaian pemerhati automotif, dianggarkan harganya mungkin mencecah $400,000 (RM1.81 juta). Ini mungkin menjadikannya lebih mahal berbanding beberapa model supercar dan SUV mewah dalam pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply