ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ferrari sah tamatkan kerjasama dengan Naza Italia, pengedar baharu bakal diumumkan

Berita Tempatan

Views

Ferrari S.p.A. mengesahkan bahawa ia akan menamatkan kerjasama perniagaannya dengan Naza Italia, yang ketika ini merupakan pengedar sah tunggal kenderaan Ferrari di Malaysia.

Rakan media di WapCar.my melaporkan, jurucakap Ferrari bagi Hab Timur Jauh & Timur Tengah menerusi satu emel balas berkata, penamatan kerjasama antara Ferrari S.p.A. dan Naza Italia Sdn Bhd (Ferrari Malaysia) akan berkuat kuasa 8 April 2023.

Naza Italia akan terus menunaikan tanggungjawabnya kepada pelanggan untuk aktiviti Jualan dan Selepas Jualan sehingga tarikh tersebut.

Desas-desus mula kedengaran sejak beberapa minggu dalam kalangan industri automotif tempatan, dengan beberapa sumber mendakwa Ferrari tidak akan memperbaharui kontrak pengedarannya dengan Naza.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Naza Italia telah dilantik sebagai pengedar rasmi untuk Ferrari sejak 2008, selepas mengambil alih daripada pengedar sebelumnya, iaitu Next Car.

Identiti pengedar baharu Ferrari itu nanti masih belum jelas, namun syarikat itu berkata pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, hak pengedaran Naza Italia dengan Maserati akan berjalan seperti biasa. Jumaat lalu, Naza Italia baharu sahaja melancarkan Maserati Grecale di Malaysia.

Maserati kini beroperasi secara bebas daripada Ferrari S.p.A., di bawah kumpulan Stellantis. Oleh itu, penyusunan semula ini tidak akan memberi kesan kepada perniagaan Maserati di Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Sebelum ini, Naza telah pun menamatkan kerjasamanya dengan Chevrolet, KIA, dan Peugeot. Selain itu, terdapat juga perniagaan jangka pendek dengan Koenigsegg di bawah Naza Swedish Motors.

Bukan itu sahaja, Naza turut kehilangan hak pengedaran beberapa jenama motosikal seperti Harley Davidson, Vespa, Aprilia, Indian dan Victory.

Yang masih tinggal pada ketika ini hanyalah Maserati (Naza Italia), Ducati (Next Bikes) dan Suzuki (Naza Eastern Motors).

Naza juga masih lagi menjalankan perniagaan pengedaran Mercedes-Benz yang beroperasi di NZ Wheels. Syarikat ini turut membekalkan AP Francais kepada Mercedes-Benz Malaysia untuk mengimport kereta CBU.

Sejak 2020, Naza telah mengumumkan pelan transformasi Naza 2.0, yang melibatkan pengurangan cabang perniagaan automotifnya bagi memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ferrari Malaysia

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply