ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Impresi Artis

Views

Nampaknya kita sudah dapat gambaran awal Proton X90 (VX11) dengan warna baharu Deep Marine Blue menerusi imej manipulasi digital hasil rekaan rakan sekutu kami, The Ajerul.

Menurut Ajerul, apa yang dihasilkan itu boleh dikatakan hampir sama dengan warna sebenar Deep Marine Blue atau lebih gelap.

Ada enam warna yang bakal ditawarkan untuk model crossover MPV ini iaitu Snow WhiteArmour SilverJet GreyCinnamon BrownSpace Grey dan termasuk Deep Marine Blue.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Jika melihat kepada imej manipulasi digital rekaan The Ajerul, kita sepatutnya merasa kecewa kerana Proton hanya mengambil model Geely Hao Yue (VX11) versi 2020 sebagai asas kepada X90 (VX11).

Perubahan yang dilakukan amatlah minima dan hanya terhad di bahagian hadapan dengan penggunaan kemasan jeriji bermotifkan Infinite Weave dan Ethereal Bow rekaan serba baharu.

Susunan motif Infinite Weave itu kini lebih halus dan rapat, serta diselangi butiran berbentuk potongan berlian dengan kemasan krom berkilat.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Jika diperhatikan pada foto tersebut, kita dapat melihat bentuk stereng, tombol gear, konsol tengah dengan butang kawalan jenis berputar, paparan unit inforia jenis terapung, pembesar suara pintu depan dan kemasan balutan tempat duduk kulit berwarna hitam diselangi jahitan bebenang putih.

Hampir keseluruhan ruang kabin X90 (VX11) menggunakan rona hitam dengan perincian jahitan bebenang putih di beberapa termpat termasuk di bahagian atas corong pendingin hawa yang melintang terus ke bahagian meter serta kemasan tepi pintu.

Semua varian X90 (VX11) akan dikuasakan oleh enjin 1.5TGDi (1.5 TD) yang telah menerima penalaan semula dan dikatakan mampu menjana 190 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas. Enjin ini digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply