ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Perbezaan saiz unit ujian Honda WR-V generasi baharu dengan Proton X50 memang nampak ketara kan?

Foto Intip

Views

Ini merupakan foto intip kedua unit ujian Honda WR-V generasi baharu yang berjaya dirakam oleh rakan pembaca kami bernama Ahmad Rizal. Foto tersebut dikongsikan menerusi ruangan komen di akaun Facebook kami semalam.

Menurut Ahmad Rizal, unit ujian yang lengkap dengan celoreng penyamaran itu berjaya dikesan di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) pada malam Isnin lalu.

Ia merupakan unit ujian yang sama seperti artikel terdahulu yang menggunakan nombor plat perdagangan, M 248 A. Nombor itu sebenarnya pernah digunakan oleh unit ujian Honda HR-V 2022, sebelum ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Kebetulan pula ia betul-betul berada di sebelah sebuah Proton X50 berwarna merah dan memperlihatkan perbezaan ketara dari segi saiz. ‘Seteru terkuat’ Perodua Ativa itu sememangnya nampak lebih kecil berbanding X50.

Dimensi WR-V generasi baharu berukuran 4,060 mm panjang, 1,780 mm lebar, 1,608 mm tinggi dan jarak antara rodanya 2,485 mm. Manakala ketinggian jejak tanahnya pula berukuran 220 mm.

X50 pula mempunyai ukuran dimensi 4,330 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,609 mm tinggi. Jarak antara rodanya pula berukuran 2,600 mm.

WR-V generasi baharu dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC aspirasi alami (NA), yang menghasilkan output 121 PS pada 6,600 rpm dan 145 Nm daya kilas pada 4,300 rpm.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT. Aspek keselamatan standard terdiri daripada empat beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem kemasukan tanpa kunci dan kamera undur.

Model ini telah pun menerjah ke pasaran Indonesia November tahun lalu dan ia ditawarkan dalam tiga pilihan varian, iaitu:

  • Varian E CVT – Rp. 271.900.000 (RM82,416)
  • Varian RS CVT – Rp. 289.900.000 (RM87,865)
  • Varian RS CVT with Honda SENSING – Rp. 309.900.000 (RM93,934)

WR-V generasi baharu telah pun menerima penarafan 5-Bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dengan jumlah skor keseluruhan 77.07 mata.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ahmad Rizal

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply