ARKIB

KATEGORI

Buletin

foodpanda meterai MoU bersama PERKESO, bakal beri manfaat buat rakan penghantar

Berita Tempatan

Views

foodpanda Malaysia, hari ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menyedia dan memperluaskan liputan perlindungan sosial kepada lebih 60,000 rakan penghantarnya di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO.

MoU yang telah ditandatangani itu turut menyaksikan rakan penghantar penyedia platform tersebut menerima bantuan subsidi caruman tambahan oleh foodpanda Malaysia, di samping bantuan subsidi sedia ada bagi caruman SKSPS daripada Kerajaan menerusi inisiatif SPS Padanan Caruman di bawah Bajet 2022.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan, SPS Padanan Caruman merupakan satu insentif yang ditawarkan kepada Orang Bekerja Sendiri (OBS), termasuk pekerja-pekerja gig, bagi memastikan mereka dilindungi sekiranya berlaku sebarang kemalangan semasa menjalankan tugas.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

SKSPS merupakan satu skim yang memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri daripada bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti bekerja.

Antara faedah yang ditawarkan seperti Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara dan Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Faedah Pendidikan dan Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Sri Dr. Mohammed Azman bin Datuk Aziz Mohammed berkata, inisiatif SPS Padanan Caruman yang dilaksanakan PERKESO akan menawarkan perlindungan bersubsidi kepada OBS melalui SKSPS PERKESO untuk tempoh setahun, di mana Kerajaan akan membiayai 80 peratus daripada Pelan 2 caruman SKSPS (RM186.20), manakala OBS hanya perlu membayar baki 20 peratus (RM46.60) sahaja.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das pula berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan dan PERKESO kerana telah menerajui inisiatif murni seperti ini bagi manfaat rakan penghantar mereka.

Menerusi kolaborasi strategik ini juga, foodpanda Malaysia akan menawarkan bantuan subsidi tambahan sebanyak 50 peratus daripada baki (atau 10 peratus daripada jumlah keseluruhan) keseluruhan caruman yang perlu dibayar oleh rakan penghantarnya yang berjumlah RM23.30 bagi setiap individu, untuk tempoh perlindungan selama setahun.

foodpanda sebagai sebuah platform penghantaran terkemuka di Asia Pasifik dengan lebih 12.5 juta pelanggan dan 60,000 rakan restoran, turut menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menyertai ekonomi gig.

Pemeteraian MoU bersama foodpanda Malaysia merupakan yang pertama bagi PERKESO bagi kerjasama pelaksanaan inisiatif ini. Pendaftaran bagi inisiatif ini kini telah tersedia menerusi portal Rider Shop buat rakan penghantar foodpanda yang berminat untuk mendaftar dan memanfaatkannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply