ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kecuaian pemandu punca Perodua Axia putih dilanggar kereta api

Berita Tempatan

Views

Sebuah kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) terlanggar sebuah kereta di Landasan Kilometer 31 berdekatan pintu besar Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, pagi semalam.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian pada jam 9.40 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Beliau berkata, kejadian berlaku semasa kereta api dengan 31 wagon yang dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun itu sedang dalam perjalanan dari stesen Pasir Gudang menuju ke stesen Pelabuhan Johor.

Bagaimanapun secara tiba-tiba kereta api itu telah terlanggar sisi hadapan kiri sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dalam perjalanan memasuki pintu utama Pelabuhan Johor.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit yang tidak perasan dengan pergerakan kereta api di hadapannya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu tular video berdurasi 40 saat di Facebook memaparkan sebuah kereta Perodua Axia bergerak ke arah pintu besar pelabuhan berkenaan dan kemudiannya dilanggar kereta api.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply