ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Escort RS Turbo Siri 1 milik Puteri Diana dijual pada harga RM3.4 juta, satu-satunya warna hitam

Berita Global

Views

Sebuah kereta milik mendiang Puteri Diana dijual pada sesi lelongan di United Kingdom dengan harga £650,000 (RM3.4 juta).

Menurut Sinar Harian, seorang pembida British membeli Ford Escort RS Turbo Siri 1 di Lelongan Silverstone, pada Sabtu, menurut Agensi Anadolu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Diana, puteri Wales, pernah memandu kereta itu dari 1985 hingga 1988, dan bergambar dengannya di khalayak ramai. Kereta itu hanya mencatatkan jarak pemanduan sejauh 24,961 batu sahaja.

Ia merupakan satu-satunya kereta hitam seumpamanya berikutan perjanjian antara Ford dan pasukan keselamatan Diana untuk memastikan ia tidak mucah dicam.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Kereta dengan siri ini kebanyakannya berwarna putih. Ciri-ciri lain termasuk cermin pandang belakang sekunder untuk digunakan pasukan keselamatan, dan radio dalam di dalam bekas tempat letak barang.

Pada Jun tahun lalu, sebuah lagi Ford Escort milik puteri Diana berjaya dilelong pada harga £52,000 (RM272,621).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tflcar.com

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply